SETIAP bakal pengantin pasti mengimpikan kelainan bagi gaunnya untuk dipakai pada majlis perkahwinan. Ada yang memilih untuk mencampurkan warna bagi menyerlahkan lagi busana pengantin itu. Namun, seorang wanita dikejutkan dengan gaun pengantinnya yang menggunakan teknik celupan, dikatakan seperti tuala wanita terpakai. Gaun tersebut menggunakan renda putih di bahagian atas, tetapi bahagian skirtnya dicelupkan dengan warna merah. Bahagian bawah gaun tersebut berwarna jingga kemerahan. Pandangan mengenai gaun pengantinnya seperti tuala wanita itu diperolehi selepas berkongsi gambar busana tersebut di media sosial. - Mirror UK