SEORANG wanita mencuri hampir £40,000 (RM213,646) daripada majikannya dan membelanjakan wang berkenaan dengan membeli barangan mewah. Hasnija Osmanagic, 33, memindahkan wang dari akaun perniagaan ke akaun peribadinya dalam tempoh 17 bulan. Antara Jun 2016 dan Oktober 2017, dia mencuri £39,812 (RM212,614) dari syarikat teknologi di tempat dia bekerja di Derby, England. Akibat perbuatannya itu, Osmanagic dipenjara selama 15 bulan selepas dia mengaku salah di Mahkamah Derby Crown pada 10 April lalu. Menerusi pendengaran mahkamah, dia menggunakan wang yang dicuri untuk membeli barangan mewah seperti beg Louis Vuitton, jam tangan Rolex dan kasut Gucci. - Mirror UK