suria

BBQ dengan cucu terganggu, pesara berang lapangan terbang panjangkan landasan sampai belakang rumah

Landasan lapangan terbang itu terletak hanya 50 meter dari kediaman pasangan berkenaan.

PEMBESARAN sebuah lapangan terbang di Essex, England menimbulkan masalah buat sepasang suami isteri.

Pasangan yang juga pesara ejen berita itu mendakwa, projek itu menjadikan kediaman mereka terletak hanya 50 meter dari landasan kapal terbang.

Lebih teruk, mereka terpaksa berhadapan dengan situasi itu setiap 20 minit.

Mengkui berang, mereka sebelum ini hidup tanpa gangguan setelah membeli kediaman itu tujuh tahun lalu.

"Kamu tak boleh berborak dengan sesiapa di taman rumah kami, sebab bunyi bising.

"Apabila berada dalam rumah, kami terpaksa tutup televisyen atau sneyapkan bunyi sebelum kapal terbang berlalu pergi.

"Kami risau dengan cucu-cucu yang akan datang, acara BBQ kami pasti terganggu," kata wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Janet itu.

Selain itu, Janet juga risau sekiranya ia akan membawa kerosakan kepada kediamannya.

kata Janet, pembesaran lapangan terbang itu berlaku pada November 2017. - Daily Star.

lapangan terbang, janet, Essex

Artikel Lain