suria

Bibir gelembung ala sosej gara-gara guna filler murah

Keadaan bibir Christina selepas menjalani suntikan filler murah.

SEORANG wanita terpaksa menanggung malu apabila bibirnya mengelembung ala sosej selepas suntikan filler pada bibirnya tidak menjadi.

Keadaan itu menyebabkan kawan wanita tersebut loya selepas melihat bibirnya yang pelik.

Christina Burton terpaksa dikejarkan ke hospital selepas bibirnya mula mengelembung sehingga dia menghadapi kesukaran untuk bernafas.

Wanita berusia 29 tahun itu menggunakan krim kebas sebelum menjalani prosedur yang ditawarkan pada harga 75 pound sterling yang dikendalikan di rumahnya di Wythenshawe, Greater Manchester.

Wajah Christina sebelum bibirnya menjalani suntikan filler murah.

Pakar kecantikan dilaporkan memberi jaminan kepada Christina bahawa bengkak bibirnya adalah normal sebelum dia dikejarkan ke hospital untuk menerima bantuan oksigen dan steroids.

“Ia kelihatan seperti sosej di muka saya Saya juga kelihatan seperti itik. Ia amat menakutkan.

“Bibir saya semakin membesar dan sakit. Saya fikir ia akan meletup. Saya juga tidak boleh buka mulut saya kerana rasa berat,” kata Christina.

Selepas dibenarkan keluar hospital, Christina berkongsi gambar tersebut dengan rakan rapat dan keluarganya.

Katanya, ada yang mentertawakan keadaan bibirnya dan tidak menduga dia sanggup mengambil risiko dengan menjalani rawatan filler murahan. - Metro.co.uk

Artikel Lain