SEORANG lelaki maut akibat mengambil dadah berlebihan, dan mayatnya hanya ditemui selepas berada di dalam tandas sebuah pub lebih 18 jam. Andrew Paul Parker meninggal dunia di dalam tandas di The White Horse Inn di bandar Launceston, Cornwall di England pada Sabtu lalu. Menurut laporan Cornwall Live, pemuda berusia 29 tahun itu hanya ditemui sehingga keesoakan harinya apabila seorang pekerja mahu membersihkan tandas. Menurut satu inkues pada Rabu di Truro, keluarganya mempersoalkan mengenai kelewatan penemuan mayat tersebut. Mereka memberitahu bahawa pub mempunyai polisi untuk membuat pemeriksaan di tandas tetapi ia tidak dilaksanakan. Ia menambah bahawa kematian tidak dapat dielakkan meskipun mayat ditemui lebih awal. Ujian mendapati Andew maut serta-merta selepas menyuntik dadah ke dalam badannya. - Mirror UK