KIRA-kira satu dekad dari sekarang, batuan ruang angkasa besar atau asteroid akan memiliki garis pertemuan yang sangat dekat dengan Bumi. Memetik BGR, peristiwa ini dijangka berlaku pada 13 April 2029. Asteroid yang dikenali sebagai Apophis itu akan melintasi Bumi dengan jarak hanya 31,000km (19,000 batu) dan jarak itu boleh dianggap dekat jika dibandingkan dengan jarak Bulan dan Bumi. ARTIKEL BERKAITAN: Nasa beri amaran potensi asteroid besar musnahkan Bumi, manusia mungkin dapat melihatnya! ARTIKEL BERKAITAN: Ramalan asteroid hentam bumi pada Februari, Nasa didakwa cuba sorok kebenaran Nama Apophis bermaksud Dewa Kekacauan Mesir (atau Apep) yang dikaitkan dengan kematian, namun manusia tidak perlu bimbang kerana asteroid ini tidak akan menyebabkan kematian di Bumi. Menurut space.com tempoh satu dekad akan datang akan menjadi hari yang ditunggu-tunggu dengan penuh minat, bukan ketakutan bagi para pakar dan pengkaji untuk melakukan eksplorasi tentang banyak perkara. Peristiwa ini juga merupakan peluang untuk para ilmuan melakukan eksplorasi berhubung langkah-langkah yang mungkin perlu diambil suatu hari nanti jika asteroid benar-benar menjadi ancaman kepada kelangsungan hidup Bumi. Kebanyakan objek serupa yang melintas cukup dekat sebelum ini, berukuran jauh lebih kecil. Apophis dikatakan tidak akan memberi ancaman kepada kelangsungan Bumi. Satu catatan yang sangat menarik adalah asteroid selebar 1.100 kaki ini akan melintas begitu dekat dengan Bumi sehingga akan dapat dilihat tanpa menggunakan teleskop. Asteroid itu dikatakan cukup terang sehingga para pengkaji berkata ia akan dengan mudah dilihat dengan mata kasar, mirip bintang di langit, cuma ia bergerak sangat pantas. "Kegembiraannya adalah benda besar ini hampir berlaku dalam 1000 tahun. Sebab itu ia penting," kata seorang pakar planet dari Institut Teknologi Massachusetts Richard Binzel. Binzel berkata ukuran dan jarak dekat asteroid juga akan meningkatkan kecerahan asteroid, justeru Apophis dapat dilihat sekitar 2 bilion manusia dengan mata kasar. Apophis dijangka akan muncul pertama kali di langit pada waktu malam di bahagian selatan Bumi dan dapat dapat dilihat di pantai timur Australia. Kemudian ia melakukan perjalanan ke sebelah barat untuk mencapai garis khatulistiwa pada waktu petang sebelum melintasi Amerika sekitar pukul 7 malam. Ia bergerak sangat cepat, akan melintasi garis tengah bulan dalam tempoh kurang dari satu minit, menurut NASA. Penting untuk semua tahu bahawa Apophis tidak menimbulkan risiko kepada Bumi semasa perjalanannya pada 2029. Jalurnya telah diplot dan diteliti dengan sangat terperinci dan jelas pada titik ini bahawa tidak ada kemungkinan ia terkena Bumi setidak-tidaknya pada tahun 2029. -Mail Online