KENSINGTON Palace memberi bayangan bahawa Meghan Markle sudah selamat bersalin. Satu nota yang dikeluarkan pihak istana pada Khamis memaklumkan Duke of Sussex akan melakukan lawatan rasmi ke Belanda minggu depan. Ia dianggap sebagai satu petunjuk bahawa pasangan diraja itu sudah menyambut bayi sulung mereka. Putera Harry didakwa sedang mengambil cuti paterniti kerana Meghan dipercayai sudah bersalin pada Ahad atau Isnin lalu. Menurut Kensington Palace,"Duke of Sussex akan berlepas ke Amsterdam, Belanda untuk merasmikan pengiraan detik pelancaran 'Sukan Invictus The Hague 2020". Spekulasi Meghan telah selamat bersalin dikuatkan lagi kunjungan Ratu Elizabeth ke kediaman mereka di Frogmore Cottage pada Khamis. Namun belum ada pengumuman rasmi mengenai kelahiran 'baby Sussex' itu. Difahamkan kunjungan Ratu Elizabeth adalah sempena sambutan Easter di rumah baharu pasangan itu. - Metro.co.uk