suria

Suapan maut, ibu derma organ anak perempuan setelah meninggal dunia akibat alahan sandwich

Sadie Bristov mengalami alahan sewaktu berkelah bersama keluarga pada Ogos tahun lalu.

SEORANG wanita ternyata kesal apabila gagal menyelamatkan nyawa anak perempuannya.

Sadie Bristov, 9, mengalami alahan selepas menjamah hidangan sandwich daging sewaktu perkelahan pada Ogos tahun lalu.

Ibu bapa mangsa, Clare, 42 dan Stewart, 44, dari Chartham, Kent sedaya upaya membasuh mulut anaknya sewaktu kejadian.

"Kami memang sedih. Dia mengalami bengkak dalam otak dan kehilangan oksigen akibat alahan.

"Selepas dia meninggal, kami buat keputusan sukar untuk dermakan organ termasuklah hati, pankreas dan beberapa organ lain," ujar Clare.

Imbas Clare, mulut anaknya mula berdenyut sejurus dia menggigit sandwich berkenaan.

"Dalam seminit, mulut dia mula berdenyut. Kami tahu itu merupakan reaksi alahan.

"Kami beri ubat alahan dan cuba sedaya basuh mulut dia. Kami bawa ke hospital tetapi dia gagal diselamatkan juga," kata Clare lagi. - The Sun.

Sadie Bristov, alahan, sandwich

Artikel Lain