suria

Tentera Laut AS tubuh sistem untuk lapor kes UFO, enggan dedah penemuan kepada orang awam

Beberapa juruterbang sebelum ini mendakwa melihat kelibat UFO sewaktu mereka bertugas.

LAPORAN mengenai pegawai tentera yang melihat objek terbang tidak dikenali (UFO) mendapat perhatian serius pihak terlibat.

Baru-baru ini, Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) berkata mereka mahu membuka kertas siasatan berhubung hal itu.

Terbaharu, mereka juga dikatakan akan menubuhkan satu sistem untuk laporan sedemikian.

ARTIKEL BERKAITAN: Juruterbang dakwa lihat UFO, pasukan tentera laut AS mahu buka kertas siasatan

Namun, pihak tentera bagaimanapun enggan mendedahkan sebarang penemuan mengenai perkara itu.

Jurucakap bagi Pejabat Timbalan Ketua Operasi Lautan, Joe Gradisher berkata, pihaknya tidak akan mengeluarkan sebarang informasi berkaitan kepada orang awam.

Sebelum ini, beberapa juruterbang pasukan tentera mendakwa melihat fenomena yang tidak dapat dijelaskan dengan akal fikiran.

Menurut Gradisher lagi, kelibat UFO mula menjadi perkara biasa sejak tahun 2014.

Malah, UFO sering dilihat memasuki kawasan ketenteraan beberapa kali dalam tempoh sebulan. - Star Daily.

Tentera Laut, UFO, makhluk asing

Artikel Lain