PAKAR haiwan hidupan liar Australia menganggap penemuan seekor ular bermata tiga sebagai ‘unik’. Perkhidmatan Hidupan Liar Taman Wilayah Utara berkongsi gambar seekor anak ular sawa yang dikenali Monty Phyton yang mempunyai tiga mata di kepalanya. Anggota renjer menemui haiwan itu berhampiran bandar Humpty Doo terletak 40 kilometer di tenggara Darwin pada Mac lalu. Bagaimana pun ia mati dua minggu selepas ditemui Kerana mengalami kesukaran untuk makan akibat kecacatannya itu. “Terdapat pelbagai jenis mutasi. Saya tidak pernah melihat ular bermata tiga, namun kami mempunyai ular tedung berkepala dua di makmal kami dan mutasi seperti itu adalah sama seperti kembar siam. "Mata ketiga itu mungkin ada kaitan dengan 'kembar' ular tersebut," kata Prof Fry di University of Queensland. – mirror.co.uk