SETIAP kali menaiki kapal terbang, penumpang pastinya berharap dapat tiba ke destinasi dengan selamat. Baru-baru ini, sejumlah penumpang dalam pesawat dari Ibiza ke Cardiff, United Kingdom (UK) berhadapan dengan detik cemas yang cukup menakutkan. Sewaktu pendaratan, pesawat berkenaan disambar petir. Menurut penumpang, mereka terkejut mendengar bunyi letupan yang kuat. "Dalam 30 minit sebelum tiba ke Cardiff, pesawat melalui pergolakan udara. "Masa tu tak dapat tengok apa-apa dari tingap pesawat disebabkan keadaan cuaca yang buruk. "Selepas itu kami dengar bunyi letupan, emua lampu dalam pesawat terpadam. Saya juga dengar orang menangis," ujar Cath Emery. Bagaimanapun, pesawat itu berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Cardiff dan tiada sebarang kecederaan dalam kalangan penumpang dilaporkan. - Daily Star.