suria

Ibu disangka hamil anak kembar lahirkan bayi 'Hercules'

Tobias dilahirkan dengan berat hampir 6kg.

SEORANG bayi lelaki dilahirkan dengan berat badan luar biasa.

Bayi yang diberi nama Tobias itu amat besar berbanding saiz bayi baru lahir yang lain.

Dia dilahirkan seberat 5.89 kilogram, dua kali ganda saiz purata bayi baru lahir.

Malah ramai beranggapan ibunya 'membawa' anak kembar semasa mengandungkan Tobias.

Namun ibunya, Nicolina Newcome, 33, berjaya melahirkan Tobias di Hamilton, New Zealand menerusi pembedahan pada 1 Mei lalu.

Bidan Hospital Waikato Annika Reid memberitahu Waikato Times:"Dia bayi Hercules."

Tobias dilahirkan di Hamilton, New Zealand pada 1 Mei lalu.

"Saya tidak percaya dapat menyambut seorang lagi bayi bersaiz luar biasa sepanjang karier saya... ia amat menakjubkan," katanya.

Doktor tidak menjangka Tobias bersaiz besar sehingga memaksa beberapa doktor lain untuk terlibat dalam proses kelahirannya apabila bahunya tersangkut semasa mahu dikeluarkan dari perut ibunya.

"Beberapa doktor lain datang membantu menariknya keluar.

"Semua orang kata 'wow' bayi yang besar. Semua amat terkejut."

Nicolina juga terkejut dengan saiz Tobias dan memaksanya membeli baju baru kerana baju sedia ada tidak muat. - Metro.co.uk

bayi besar, Tobias, Hercules

Artikel Lain