suria

81 tahun terpisah, ibu dan anak dipertemukan semula

Eileen (kanan) memeluk erat ibunya, Elizabeth selepas bertemu buat pertama kalinya.

SEORANG wanita akhirnya bertemu dengan ibu kandungnya selepas terpisah selama 81 tahun.

Eileen Macken berkata dia gembira selepas dipertemukan semula dengan ibunya, Elizabeth yang kini berusia 104 tahun.

Dia diambil dari ibunya dan dimasukkan ke rumah anak yatim Bethany di Dublin.

Eileen cuba mencari ibunya dengan bantuan seorang pakar geneaologi yang kemudian berjaya menjejaki Elizabeth di Scotland.

"Sebaik sahaja saya mendengarnya, tiada apa yang akan menghalang saya untuk bertemu dengannya.

"Saya bertentang mata dengannya. Dia seorang wanita yang cantik, ada keluarga yang penyayang dan mereka mengalu-alukan kedatangan saya.

"Sejujurnya mereka menerima saya dan saya seronok berbual dengan ibu saya," kata Eileen yang berada di rumah ibunya selama tiga hari.

Eileen terbang ke Scotland bersama keluarganya untuk bertemu ibunya dan kehadiran mereka disambut baik oleh dua adik lelaki tirinya. - Metro.co.uk

terpisah, ibu kandung

Artikel Lain