PASANGAN kekasih ditahan selepas polis menemui empat anak mereka tinggal di sebuah rumah dipenuhi ribuan lipas. Sean Landry, 38, dan Jessica Downs, 31, didakwa mendera dan membahayakan nyawa empat kanak-kanak berusia antara dua hingga tujuh tahun itu di sebuah rumah tidak terurus di Louisville, Kentucky pada Khamis lalu. Pihak berkuasa berkata lipas yang sudah mati mahupun masih hidup dijumpai dekat tilam digunakan secara kongsi empat kanak-kanak itu. Malah kanak-kanak itu mendakwa sering digigit pepijat ketika mereka sedang tidur. Sean Landry. Penyiasat turut menjumpai ratusan anak lipas dekat katil bayi yang juga tempat tidur salah seorang anak pasangan itu yang berusia dua tahun. Semasa ditemui empat kanak-kanak itu memakai baju kotor menunjukkan mereka diabaikan. Pihak berkuasa datang secara mengejut ke kediaman pasangan itu selepas seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun hadir ke sekolah dalam keadaan bibirnya terluka. Landrey dilaporkan sebagai bapa kandung kepada salah seorang kanak-kanak itu dan penjaga kepada tiga yang lain. Polis tidak mendeahkan hubungan Downs dengan kanak-kanak itu tetapi berkata mereka tinggal serumah. - Metro.co.uk