suria

Bapa lewat bayar upah, pengasuh 'goncang' kanak-kanak hingga mati

Hannah yang berusia tiga tahun meninggal pada 18 Mac lalu.

SEORANG pengasuh bukan sahaja menampar dan memukul seorang kanak-kanak malah dia menyebabkan kematiannya.

Lindsay Partin dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup setelah dia dibicarakan atas dakwaan itu.

Mangsa yang berusia tiga tahun, Hannah Wesche meninggal pada 18 Mac lalu di Hanover, Ohio.

Mangsa rebah di rumahnya setelah 10 hari diperlakukan sedemikian oleh Lindsay.

Malah, laporan bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan otak dan luka di kepala.

"Saya marah dan tampar kepala dia. Saya goncang dan cubit dia," kata wanita itu menerusi pengakuan yang direkodkan.

Pendakwa raya juga bersetuju bahawa pengasuh berkenaan berang kerana bapa mangsa lewat memmberikan bayaran kepadanya. - Mirror.

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan