ASPEK kebersihan sememangnya menjadi elemen paling penting dalam penyediaan makanan. Namun, seorang wanita ternyata kecewa apabila juadah yang dibelinya mengandungi bahan yang cukup menjijikkan. Menerusi posting di Facebook baru-baru ini, Deyanira Cortes dari Columbus, Ohio memuat naik video hidangan ayam teriyaki yang mengandungi anak tikus. Ujarnya, makanan itu dibeli dari sebuah pasaraya di Colombus dan dia hanya menyedari perkara itu setelah pulang ke rumah. Perkongsian itu pantas menjadi perbualan hangat di media sosial. Malah, ramai yang menyatakan rasa simpati mereka terhadap Cortes. - Daily Star.