suria

2 hari terperangkap dalam lif, wanita terpaksa minum air kencing sendiri untuk terus hidup

Wanita itu terperangkap selama dua hari sebelum berjaya diselamatkan oleh pihak penyelamat.

MALANG tidak berbau.

Begitulah gambaran nasib seorang tukang cuci wanita apabila dia terperangkap di dalam lif selama dua hari, baru-baru ini.

Wanita berusia 50-an itu juga terpaksa minum air kencing sendiri untuk terus bertahan dalam kejadian itu.

Ia berlaku di Pusat Pendidikan Dewasa di Margate, Kent, England.

Menurut polis, pegawai penyelamat terpaksa memecah masuk ke dalam lif secara manual sebelum mangsa dibawa ke hospital berdekatan.

Malah, siasatan lanjut juga sedang dijalankan bagi mencari punca kejadian. - Daily Star.

tukang cuci wanita, lif, air kencing

Artikel Lain