suria

Rimas terlalu banyak arahan 'gila', remaja enggan hadir majlis perkahwinan abang

Gambar hiasan majlis perkahwinan. Foro: Blend Image

GARA-gara terlalu banyak ‘syarat’, seorang remaja merajuk tidak mahu menghadiri majlis perkahwinan abangnya.

Dalam satu posting di media sosial, seorang lelaki yang tidak mahu mendedahkan namanya memberitahu dia tidak akan menghadiri majlis perkahwinan abangnya.

Ini kerana, pengantin lelaki berusia 28 tahun itu memberi terlalu banyak syarat dan arahan kepadanya.

Ia termasuk menyuruh adik lelakinya itu naikkan berat badan, tukar warna rambut dan tidak membawa pasangan ke majlis perkahwinan.

“Abang saya bakal berkahwin hujung bulan ini. Pertamanya, tarikh itu jatuh pada hari lahir saya yang ke-15.

“Dia semakin ‘gila’ dengan majlis perkahwinannya. Tetapi tunang dia tidak kelihatan terlalu bimbang.

“Jadi ini senarai yang diarahkan kepada saya perlu ikut warna sut pilihannya. Warna ‘beige’ membuat wajah saya seperti mayat

“Saya perlu naikkan berat badan kerana baginya saya terlalu kurus.

“Saya perlu bercakap berhemah dengan semua orang. Saya perlu buka tindik di telinga.

“Dan dia terus menerus memberi peringatan kepada saya semalam. Kami bergaduh dan saya beritahunya tidak akan hadir.” –mirror.co.uk

arahan, kahwin, adik

Artikel Lain