suria

Pekerja kedai kek diarah bayar RM53.11 selepas curi duit syarikat lebih 2 ribu paun

Whitrick diarah membayar balik duit yang dicuri kepada majikannya. Foto: SWNS/PA

DALAM tempoh dua tahun, seorang wanita telah mencuri lebih 20,000 paun (RM106,228) daripada majikannya untuk berjudi.

Joan Whitrick,58, bekerja di Just Dessert sejak 2011.

Kelakuannya itu kantoi selepas syarikat membuat audit pada Mei 2016.Whitrick yang bekerja sebagai pembantu tadbir mengambil duit dengan amun yang kecil termasuk 60 paun 'sini dan 190 paun 'sana' dan memasukkan dalam akaunnya.

Dia mengambil duit itu daripada pelanggannya dan menandakan resit 'sudah dibayar', tetapi syarikat tidak menerima wang tersebut.

Wanita itu dipecat selepas semuanya terbongkar dan menghantar mesej kepada bos meminta maaf serta merayu jangan membuat kepada polis.

Namun berdasarkan rekod lamanya, wanita tersebut pernah menjalani hukuman penjara pada tahun 2008 kerana mencuri 3 ribu paun ketika bekerja di Richmond Upholstery di Keighley.

Ketika itu dia dikenakan hukuman 10 bukan penjara, digantung kerja selama dua tahun dan bekerja 300 jam tanpa gaji.

Namun kali ini dia agak terselamat daripada hukuman penjara kerana hanya perlu membayar 10 paun (RM53.11) selama 28 hari kepada majikannya.

Jika dia gagal berbuat demikian, Whitrick bakal dipenjara.

Hakim mengarahkan dia membayar amaun tersebut selepas wanita itu memberitahu dia hanya mampu bayar 10 paun sahaja. - metro.uk.co

curi, bayar sikit-sikit

Artikel Lain