MALANG nasib serang remaja perempuan berusia 14 tahun apabila dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia dengan harga 1,700 paun (RM9,029). Lebih memilukan, bapa kepada remaja itu buta penglihatan manakala ibunya pula Orang Kelainan Upaya (OKU). Remaja itu telah dijual sebanyak tiga kali di Rajasthan, India selepas keluarga terdekatnya memujuk ibu bapa mangsa. Remaja itu menerima wanga 1.5 lakh atau 1,681.50 paun, ujar pegawai polis Jagdish Prasad. "Lebih kurang tiga bulan lalu, anggota keluarganya telah mendesak keluarga supaya menjual remaja ini dengan harga 1.5 lakh. "Dia dibawa ke Bharatpur dan dirogol oleh seorang lelaki. "Selepas itu dia dijual sekali lagi kepada seorang lelaki lain dan turut dirogol sebelum bertukar tangan kepada yang terakhir. Remaja perempuan itu dengan berani cuba melarikan diri dan telah membantu polis untuk menangkap kesemua suspek terlibat. Tiga lelaki telah ditahan atas dakwaan merogol dan beberapa tuduhan lain. - mirror.co.uk