suria

Lelaki rela ditahan pandu berbahaya daripada balik rumah jumpa isteri

SEORANG lelaki dari Florida, Amerika Syarikat dikesan berdiri di bahagian bumbung terbuka di keretanya semasa memandu di lebuhraya.

Dia bagaimanapun memberitahu polis bahawa dia lebih rela ditahan daripada pulang ke rumah berjumpa dengan isterinya.

Leonard Olsen yang berusia 70 tahun ditahan pada minggu lalu selepas dikesan oleh seorang anggota polis, menunjukkan dia berdiri di ruang terbuka sambil melebarkan tangannya.

Saksi yang dapat merakamkan aksi lagak ngeri itu berkata, Olsen hanya berdiri di bumbung terbuka semasa kenderaan tersebut sedang bergerak.

Pada awalnya, dia menafikan berbuat demikian tetapi mengaku selepas diberitahu terdapat saksi dan tindakannya itu dirakamkan.

Dia kemudian memberitahu anggota polis bahawa dia merancang untuk ditahan kerana melakukan kesalahan dengan alasan tidak mahu pulang berjumpa isterinya.

Olsen memberitahu isteri melayannya seperti hamba dan dia sudah tidak tahan lagi diperlakukan sebegitu.

Seperti menunaikan hasratnya, Olsen ditahan dan berdepan dengan tuduhan kerana memandu dalam keadaan berbahaya. - odditycentral


Artikel Lain