SEORANG ibu yang berjalan bersama anak kecilnya di pantai dikejutkan dengan penemuan seekor ikan yang mempunyai gigi seperti manusia. Maleah Burrows, 31, menceritakan pengalaman yang berlaku di Pulau St Simon di Georgia, Amerika Syarikat. Katanya, dia bersama anaknya hanya berjalan di pantai dan sebelum melihat sesuatu yang menarik perhatian dari jauh. Ikan yang ditemui adalah sejenis Sheepshead Foto Pen News/Maleah Burrows "Pada mulanya, saya ingatkan ia sekadar ikan biasa yang lama, tapi saya masih menunjukkannya kepada anak saya berusia tiga tahun. "Bila semakin hampir, saya dapat melihat semua gigi dan saya terkejut kerana tidak pernah melihat seperti itu sebelum ini," katannya. Apa yang ditemuinya adalah bangkai ikan 'sheepshead', sejenis ikan yang menggunakan gigi untuk menghancurkan udang, kerang, ketam dan kerang. - Mirror UK