suria

Anak potong kepala ibu guna gergaji

Isaac Israel Warriner.

SEORANG lelaki bertindak kejam memotong kepala ibunya menggunakan gergaji sebelum melarikan diri.

Polis menerima panggilan untuk ke kediaman milik Isaac Israel Warriner, 22, dan Sarah Warriner, 65, pada 5 Mei lalu selepas seorang jiran melaporkan suspek berkelakuan pelik.

Menurut keterangan afidavit, pemanggil memberitahu Isaac mempunyai semua jenis bahan pencuci yang berkemungkinan untuk dibuat bom.

Sebaik polis tiba, rumah tersebut tidak berkunci dan mayat tanpa kepala Warriner ditemui.

Mayat berkenaan dipercayai telah mati sejak dua hari lalu. 

Isaac kemudian ditahan di Oklahoma, Amerika Syarikat selepas dikesan menaiki kereta milik ibunya.

Dia berdepan dengan beberapa pertuduhan termasuk penderaan ke atas mayat dan gangguan fizikal. - Mirror UK




kepala, ibu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain