suria

Kamera tersembunyi dedah kakitangan hospital dera emosi, psikologi pesakit

Kakitangan hospital didakwa melakukan penderaan psikologi terhadap pesakit. Foto BBC Panorama

PASUKAN penyiasat di United Kingdom menjalankan siasatan terhadap kes penderaan psikologi terhadap pesakit dewasa di sebuah hospital.

Rakaman tersembunyi dari dalam hospital Whorlton Hall mendedahkan layanan buruk terhadap pesakit yang kurang upaya dan menghidap autisme.

Salah seorang kakitangan hospital didakwa memanggil seorang pesakit dengan kata-kata kesat, manakala seorang lagi memberitahu bahawa hospital itu dipenuhi dengan orang-orang terencat akal.

Seramai 16 kakitangan hospital digantung tugas selepas pendedahan yang dibuat oleh BBC Panorama terhadap hospital Co Durham di England, yang disiarkan pada Selasa.

Adegan yang tidak berperikemanusiaan itu dirakamkan oleh seorang wartawan Olivia Davies di Whorlton Hall.

Penyiasatan selama lebih dua bulan itu mendakwa kakitangan menghina, mengganggu dan menyeksa pesakit. - Mirror UK


hospital

Artikel Lain