SEORANG pemuda yang menyimpan rambut panjang selama tujuh tahun diberi jolokan sebagai 'Rapunzel lelaki'. Cristiano Braga, 28, memelihara rambutnya menggunakan minyak semula jadi seperti seperti lidah buaya, alpukat, camomile, pudina dan rosemary. Segelintir wanita mencemburui rambutnya sepanjang 61 sentimeter (sm) itu kerana ikal mayang dan menawan. Pemuda dari Brazil sering menjadi mangsa ejekan kerana berambut panjang. Foto Foto MDWfeatures / Cristiano Braga Akibat sikap cemburu mereka, Cristiano turut dibuli malah dituduh cuba untuk mengubah seksualiti wanita. "Ada masa masa rambut saya tumbuh panjang, saya sering dikritik. Orang panggil saya perempuan, rambut penyapu, orang-orang. "Ada yang mahu potong rambut saya sebab mereka kata saya buruk dan pelik. Cristiano semasa rambut pendek. Foto MDWfeatures / Cristiano Braga "Banyak soalan yang saya terima. Soalan paling pelik adalah adakah saya pakai rambut palsu kerana rambut saya terlalu bersinar," kata model yang berasal dari Minas Gerais, Brazil. Selain Rapunzel, pemuda yang mula menyimpan rambutnya pada 2012 juga diberikan seperti selebriti seperti John Lennon, Jared Leto, Axle Rose, Ariel, Merida dan Little Mermaid. - Mirror UK