suria

Dua pendaki meninggal dunia di puncak Gunung Everest gara-gara laluan sesak

Laluan ke puncak Gunung Everest begitu sesak dengan pendaki.

DUA pendaki meninggal dunia di puncak Gunung Everest selepas keadaan sesak di gunung itu.

Donald Lynn Cash dan Anjali Kulkarni yang kedua-duanya berusia 55 tahun pengsan selepas mengalami penyakit altitut tinggi setelah berjaya berada di puncak pada Rabu.

Mereka berdua berjaya berada di paras ketinggian 8,848 meter, yang turut dikenali sebagai 'zon kematian' kerana kekurangan oksigen untuk manusia sekiranya berada terlalu lama di situ.

Kedua-dua mereka terpkasa beratur menunggu giliran bersama beratus-ratus pendaki lain yang turut tidak melepaskan peluang berada di puncak dengan keadaan cuaca yang baik.

Donald (atas kiri) serta Anjali (tengah) mari kerana kekurangan oksigen. Foto: Facebook

Donald dari Utah sedang mengambil gambar di puncak apabila dia jatuh pengsan selepas 12 jam mendaki dari Camp IV.

Pemandu arah cuba melakukan pertolongan kecemasan sebaik sahaja tiba di bawah, namun meninggal dunia sejam kemudian di Hillary Step.

Menurut laporan Alan Arnette, mayat Donald tidak akan diturunkan daripada gunung itu.

Rakan pendaki Donald memberitahu: "Dia akhirnya bersemadi ditempat yang diinginkan." -metro.co.uk

Pendaki, mati, sesak, Everest

Artikel Lain