suria

Lapan sudu, pisau antara objek dikeluarkan dari usus seorang lelaki

Antara objek ditemui dalam usus pesakit tersebut.

DOKTOR terkejut apabila menemui beberapa sudu dan pisau dalam usus seorang pesakit.

Lelaki berusia 35 tahun yang tidak didedahkan identitinya itu dikejarkan ke sebuah hospital di India selepas mengadu sakit perut melampau.

Pasukan perubatan melakukan imbasan X-ray dan terkejut dengan penemuan itu.

Mereka akhirnya membuat keputusan untuk melakukan pembedahan segera terhadap pesakit itu di Kolej Perubatan Kerajaan Lal Bahadur Shastri yang terletak di Himachal Pradesh.

Doktor terkejut dengan penemuan beberapa objek logam di dalam usus pesakit tersebut.

Semasa pembedahan, mereka mengeluarkan lapan sudu besi, dua berus gigi, dua pemutar skru dan pisau kecil serta batang besi.

"Selepas siasatan, mereka menjumpai beberapa objek besi di dalam usus mangsa.

"Pasukan perubatan kami segera melakukan pembedahan terhadap pesakit itu," kata Dr Nikhil.

Lelaki itu bagaimanapun dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas pembedahan.

Dr Nikhil berkata mangsa mengalami masalah mental dan insiden itu disifatkan sebagai kes terpencil. - Metro.co.uk

suduh, pisau, berus gigi, usus, sakit mental

Artikel Lain