HANYA kerana tidak beli sebuah telefon pintar sempena hari kekasih, seorang lelaki ditampar 52 kali oleh teman wanitanya di khalayak ramai. Video yang dikongsi di laman sosial media itu menunjukkan lelaki tersebut ditampar dan dimarahi teman wanitanya selepas gagal membelikan sebuah telefon pintar baharu sebagai hadiah hari kekasih yang sudah menjadi tradisi bagi pasangan di negara China dalam menyambut hari kekasih pada 20 Mei. Melalui rakaman video tersebut, lelaki itu kelihatan tenang walaupun ditampar dengan kuat dan tidak membalas semula tindakan teman wanitanya yang melampau itu. Kejadian berkenaan disaksikan oleh orang ramai yang ketika itu berada di Wilayah Sichuan,China. Pihak polis yang tiba di tempat kejadian cuba menenangkan keadaan dan apabila cuba membawa pasangan itu, lelaki itu cuba melindungi teman wanitanya. Lelaki malang itu kemudiannya memberitahu polis, teman wanitanya telah banyak membayar sebahagian besar segala perbelanjaannya dan dia sememangnya layak ditampar. Pasangan itu akhirnya berada dalam keadaan tenang dan berjanji untuk menyelesaikan masalah dengan cara yang lebih baik di masa hadapan.- Oddity Central