suria

Gara-gara 'moody', budak diberi makan bubur dicampur garam sehingga mati

Yana Deinesh.

SEORANG pengasuh dikecam selepas menyebabkan kematian seorang bayi akibat diberi makan bubur dicampur garam.

Yana Deinesh, 25, didapati bersalah kerana membunuh dan dihukum penjara 14 tahun atas kesalahan itu.

Difahamkan wanita warga Rusia itu menjaga kanak-kanak lelaki berusia dua tahun itu ketika ibunya pergi bekerja.

Ibu dua anak itu memberitahu dia memberi mangsa makan bubur dicampur garam dalam kuantiti yang banyak sebagai hukuman kerana dia 'moody'.

Sejurus selepas itu, mangsa dilaporkan rebah dan tidak sedarkan diri sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital.

Deinesh dihukum penjara 14 tahun atas kesalahan membunuh anak asuhannya.

Namun pasukan perubatan gagal menyelamatkan kanak-kanak itu.

Mangsa disahkan meninggal dunia akibat keracunan garam.

Dia dilaporkan dipaksa makan 50 gram garam berbanding jumlah maksimum yang dibenarkan untuk usianya adalah sebanyak 2 gram.

Ketika disoal siasat polis, Deinesh mendakwa dia tidak terfikir mengenai kesan daripada perbuatannya itu dan tidak berniat membunuh kanak-kanak tersebut. - Dailystar.co.uk

bubur, garam, moody, pengasuh

Artikel Lain