BRENTON Tarrant yang didakwa menembak mati 51 jemaah masjid di Christchurch, New Zealand pada Mac lalu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu. Dia muncul di Mahkamah Tinggi Christchurch menerusi paparan video dari penjara dan hanya membisu ketika peguamnya memberitahu anak guamnya mengaku tidak bersalah. Warga Australia berusia 29 tahun itu didakwa atas 51 tuduhan bunuh, 40 tuduhan cubaan membunuh dan melakukan aktiviti keganasan. Kejadian pada 15 Mac lalu berlaku sewaktu umat Islam di lokasi itu sedang mengerjakan solat Jumaat. Sebilangan mangsa yang terselamat turut hadir ke mahkamah bersama keluarga untuk melihat pengganas itu. - BBC.