SEEKOR anak badak mengalami kecederaan akibat diserang dengan parang oleh pemburu. Haiwan itu diserang sewaktu dia mahu menyelamatkan ibunya yang sedang disembelih oleh pemburu berkenaan, suatu ketika dahulu. Dikenali sebagai Arthur, anak badak itu mengalami kecederaan di bahagian belakang dan kaki. Ibunya pula ditemui mati dan tanduknya dicuri. Kisah mengenai anak badak itu akan disiarkan menerusi dokumetari yang dikendalikan oleh bekas kapten kriket England, Kevin Pietersen. Menurut Kevin yang dibesarkan di Afrika Selatan, tanduk badak dijual pada harga tinggi dalam pasaran gelap. "Anak badak seperti Arthur boleh mati akibat tekanan, trauma kerana melihat ibu mereka dibunuh," ujarnya. - Mirror.UK.