SEORANG bayi yang dilahirkan di dalam sebuah kereta api di Ireland akan menikmati tiket perjalanan menaiki perkhidmatan itu secara percuma selama 25 tahun. Bayi perempuan itu dilahirkan oleh ibunya di dalam kereta api yang dalam perjalanan dari Galway ke Dublin pada Selasa lalu. Kebanyakan penumpang menggunakan kereta api menuju ke Dublin untuk menyaksikan konsert Backstreet Boys. "Semua budak bawah 5 tahun dibenarkan menaiki perkhidmatan ini secara percuma. Dr Alan Devine. "Namun kami juga berbesar hati menawarkan seorang lagi bayi perempuan perjalanan secara percuma untuk tempoh 20 tahun lagi sehingga dia mencecah usia 25 tahun," kata jurucakap Irish Rail. Penumpang lain di dalam kereta api tersebut turut membantu proses kelahiran bayi berkenaan dengan bantuan seorang doktor, lapor Irish Mirror. Dr Alan Devine berada di dalam kereta api itu ketika ibu muda itu hendak bersalin. Semasa kejadian Dr Alan dalam perjalanan untuk menghadiri persidangan sebelum kereta api tersebut tiba-tiba dihentikan. - Mirror.co.uk