suria

Suspek tembak jatuh pesawat MH17 didedahkan minggu depan

Pesawat MH17 ditembak jatuh pada 17 Julai 2014.

SUSPEK yang menjadi dalang tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine akan didedahkan buat pertama kalinya minggu depan.

Seramai 249 maut dalam insiden menggemparkan seluruh dunia pada 2014 itu.

Pasukan Siasatan Bersama (JIT) membabitkan penyiasat dari Belanda, Belgium, Malaysia, Australia dan Ukraine akan mendedahkan penemuan itu pada Rabu.

Pesawat itu ditembak jatuh menggunakan BUK-TELAR daripada Briged ke-53 Peluru Berpandu Anti-pesawat berpangkalan di Kursk, Rusia.

Penyiasat percaya pesawat itu ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu Rusia.

Briged ke-53 membentuk sebahagian tentera Rusia.

Penyiasat sebelum ini merumuskan pesawat itu ditembak sistem peluru berpandu BUK buatan Russia yang dibawa masuk dari negara itu dan ditembak dari wilayah Ukraine yang dikuasai pemberontak disokong Moscow.

Namun mereka tidak menyatakan pihak yang melakukan bedilan.

Moscow berulang kali menafikan sebarang pembabitan dalam menembak jatuh pesawat Boeing 777 itu, sebaliknya menyalahkan Kiev. - Dailystar.co.uk

MH17, tembak jatuh, Malaysia Airlines

Artikel Lain