suria

Kecoh ahli silap mata lesap! Tak muncul-muncul selepas buat pertunjukan masuk dalam sungai

Lahiri ketika salah satu aksinya melakukan silap mata pada 2002.

SEORANG ahli silap mata yang masuk ke dalam sungai Ganges pada Ahad dalam keadaan dirinya diikat dengan rantai besi dan tali telah hilang, kata polis.

Chanchal Lahiri, dari India yang dikenali dengan nama pentas Jadugar Mandrake diturunkan ke dalam sungai itu oleh kren sambil disaksikan oleh ahli keluarga, pihak media dan polis dari tebing.

Tetapi mangsa berusia 40 tahun itu gagal muncul semula dari dalam sungai, menyebabkan usaha mencari dilakukan oleh pihak bertanggungjawab.

“Kita masih mencari," kata salah seorang ahli keluarga.

Lahiri sebelum ini berkata, dia berjaya melepaskan diri daripada aksi serupa 21 tahun lalu di tempat yang sama.


Lahiri, sebelum melakukan aksinya di jambatan Howrah pada 2002.

“Saya berada di dalam kotak kaca kalis peluru yang diikat dengan rantai dan dikunci sebelum diturunkan dari jambatan Howrah. Kemudian saya keluar dalam masa 29 saat,” katanya.

Dia mengakui pada kali ini, untuk melepaskan dirinya adalah sesuatu yang sukar.

“Sekiranya saya boleh membukanya maka ia akan jadi satu magis tetapi jika saya tidak boleh, ia akan menjadi tragis," katanya. MirrorUK

silap mata, sungai, Chanchal Lahiri

Artikel Lain