MASIH ingatkah anda mengenai tragedi kebocoran loji nuklear Chernobyl di Ukraine yang disifatkan sebagai malapetaka terburuk dalam sejarah peradaban manusia? Berlaku pada 26 April 1986, insiden itu menyaksikan salah satu reaktornya meletup dan terbakar ketika sedang menjalani ujian. Terbaharu, petugas di lokasi itu tampil mendedahkan kisah menakutkan yang berlaku sebelum reaktor itu meletup. Menurut beberapa pekerja, mereka melihat makhluk seperti manusia terbang di lokasi itu beberapa hari sebelum letupan. Ia turut digelar sebagai burung hitam Chernobyl. Makhluk aneh itu dikatakan mirip Mothman dan dilihat berada di atas reaktor. Ujar beberapa pekerja itu, ia sememangnya sangat menakutkan. Malah, mereka menyifatkan kehadiran makhluk itu sebagai pemberi amaran sebelum kejadian berkenaan berlaku. Berbalik kepada tragedi itu, letupan menyebabkan radioaktif berterbangan ke udara sehingga tersebar ke negara Belarus, Rusia dan negara Eropah Timur yang lain. - Daily Star.