INGATKAH anda kediaman yang didiami Tony Stark bersama keluarganya menerusi filem Avengers: Endgame?
Kini, hos khidmat hospitaliti Airbnb, menawarkan rumah itu untuk disewa oleh orang ramai khususnya peminat filem itu.
Kediaman itu terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson Atlanta, Amerika Syarikat (AS).
Rumah kabin di tepi tasik itu ditawarkan pada harga sewa AS$800 (RM3,340) satu malam.
Dilengkapi tiga katil dan tiga bilik mandi, ia mampu memuatkan lapan individu pada satu masa. - The Jakarta Post.