suria

Niat wanita ingin bekerja di ladang bertukar jadi mimpi ngeri, "Saya tidak tahu di mana berada"

Wanita ditawarkan bekerja di sebuah ladang ternakan di Australia.

MALANG buat seorang wanita apabila niatnya untuk bekerja di sebuah ladang bertukar menjadi mimpi ngeri.

Davine Arckens,26, tertarik dengan iklan pekerjaan yang dipaparkan di sebuah laman web menawarkan pekerjaan di sebuah ladang ternakan di Australia.

Wanita dari Belgium itu mendapat maklum balas daripada seorang lelaki berusia 54 tahun yang dikenali Gene Bristow yang menawarkan pekerjaan di ladang khinzir.

Bristow menjemputnya di hentian bas dan membawanya ke sebuah ladang dengan perjalanan selama dua jam.

Kaki dan tangan Arckens dirantai oleh lelaki yang menawarkan pekerjaan kepadanya.

Sebaik tiba di ladang tersebut, Arckens ditumbuk dan dirinya juga diperiksa tanda-tanda cucukan jarum dengan alasan tidak mahu pekerjanya seorang penagih dadah.

Wanita itu juga diacukan dengan senjata palsu dan memberi amaran tidak melawan.

"Jadi saya berputusan ada dan berhenti melawan," luah Arckens.

Kaki dan tangan wanita itu dirantai dan diberi amaran akan membogelkannya sepanjang masa.

Telefon bimbitnya juga dirampas.

Bristow didapati bersalah kerana menculik dan merogol.


Namun mujur lelaki itu tidak memeriksa beg sandangnya yang mempunyai komputer riba.

Sebaik sahaja lelaki itu meninggalkan Arcken, dia cuba mendapatkan beg sandangnya dan membuka komputer riba yang mempunyai dilengkapi peranti Wi-Fi.

Dia menghantar mesej kepada keluarga, kawan-kawan dan polis untuk mendapatkan bantuan.

"Saya menaiki dua buah feri. Tidak tahu di mana saya berada. Sila hubungi polis."

Sehari selepas itu, polis tiba di tempat kejadian dan lelaki tersebut membebaskan Arckens.

Mahkamah mendapati Bristow bersalah kerana menculik, merogol dan melakukan serangan pada kejadian Mac lalu. - mirror.co.uk

Tipu pekerja, rogol

Artikel Lain