suria

Maut selepas separuh badan disedut mesin pengisar daging

Mayat mangsa dikeluarkan dua jam selepas polis tiba di lokasi kejadian.

SEORANG pekerja kilang sosej maut selepas disedut ke dalam mesin pengisar daging.

Semasa kejadian itu, remaja lelaki berusia 18 tahun itu baharu sahaja dua minggu bekerja di kilang tersebut.

Difahamkan dia tidak tahu cara mengendalikan mesin itu dan insiden malang itu berlaku ketika dia bersendirian.

Menurut jurucakap polis, Jerwin Servano, tangan kanan mangsa yang dikenal pasti sebagai Jomar Junco pada awalnya tersangkut dalam mesin itu sebelum badannya disedut masuk.

Insiden itu berlaku di sebuah kilang di wilayah La Paz, bandar Iloilo di barat Filipina.

Rakan sekerjanya Carl David Carlos mematikan mesin itu sebaik menyedari separuh badan Junco sudah disedut masuk. - Mirror.co.uk

maut, mesin pengisar daging

Artikel Lain