suria

Datuk dipenjara selepas setahun tertembak cucu

Grannon dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana kecuaian.

"KAMU tembak saya, datuk," jerit seorang kanak-kanak berusia enam tahun.

Seorang pesara dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun selepas didapati bersalah tertembak cucu lelakinya, Stanley Metcalf.

Kanak-kanak itu ditembak di rumahnya di Sproatley, East Yorkshire pada 26 Julai tahun lalu, dan disahkan meninggal dunia di hospital.

Bulan lalu Albert Grannon,78, didapati bersalah kerana kecuaian dan menggunakan senapang tanpa lesen yang sah.

Ibu kanak-kanak itu, Jenny Dees kecewa kerana Grannon langsung tidak meminta maaf di atas kejadian itu.

"Tidak sekali dia meminta maaf, tetapi kini semuanya sudah terlambat. Saya harap anda akan hidup sendiri.

"Saya menangis, menangis dan berfikir ianya tidak akan berhenti," jelas Dees.- mirror.co.uk

Datuk, cucu, tembak

Artikel Lain