suria

Rakam aksi kelucahan melampau, wanita didenda lebih tinggi daripada pelaku

Lelaki melakukan aksi lucah melampau sambil matanya melihat wanita di sebelahnya.

SEORANG wanita berdepan dengan denda selepas merakam seorang lelaki yang melakukan adegan lucah melampau.

Natacha Bras,37, dalam perjalanan ke Poitiers dari Paris menaiki kereta api.

Ketika itu ada seorang lelaki yang datang duduk berdekatan dengannya.Lebih menakutkan Bras, lelaki tersebut memandang dan dalam masa melakukan kelucahan melampau.

Bras merakam adegan lelaki itu dan memuat naik di atas talian namun tindakannya itu memakan diri sendiri apabila bakal berdepan dengan denda 45,000 euro kerana malanggar privasi lelaki itu.

Bagaimana pun lelaki tersebut hanya didenda sebanyak 15,000 euro.

Bras merupakan presiden MoiAussiAmnesia iaitu sebuah organisasi untuk mangsa-mangsa serangan seks yang mengalami amnesia.

Menurut Bras, dia berbuat demikian kerana lelaki tersebut mengekorinya hingga ke bilik air dan hanya cara itu adalah untuk pertahankan dirinya sendiri. -metro.co.uk

Aksi lucah melampau, kereta api

Artikel Lain