suria

Pemuda berhati mulia meninggal dunia selepas berjaya selamatkan budak lemas

Kejadian berlaku di Chasewater Reservoir di Burntwood, Staffordshire pada Isnin.

BETAPA mulianya hati lelaki ini.

Ketika dia cuba menyelamatkan seorang mangsa lemas, dia pula yang meninggal dunia.

Begitulah yang berlaku di Chasewater Reservoir di Burntwood, Staffordshire pada Isnin.

Mangsa, kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun terselamat dalam tragedi berkenaan.

Dia berada dalam kedalaman 30 hingga 40 meter di dalam air ketika diselamatkan.

"Kanak-kanak itu lemas dalam air dalam. Seorang lelaki berusia 21 tahun menyelamatkan kanak-kanak itu.

"Namun dia pula yang kehilangan nyawa," ujar Sarjan Fay Mills.

Sewaktu kejadian, pasukan perubatan cuba menyelamatkan lelaki itu namun gagal dan disahkan meninggal di tempat kejadian. - Daily Star.

lemas, meninggal dunia, penyelamat

Artikel Lain