BERANG apabila kediamannya sering dikunjungi dua ekor kucing milik jiran membuatkan wanita ini sanggup bertindak kejam. April Hawes, 36, dirakam melempar kucing tersebut ke udara sehingga salah seekor sejauh sembilan meter. Selepas melakukan tindakan kejam itu, dia kelihatan berjalan pulang seperti tiada apa yang berlaku. Hawes bagaimanapun kini didakwa di Mahkamah Majistret King's Lynn, Dereham, atas kesalahan berkenaan. Kejadian berlaku pada 1 Mac lalu. Jika bersalah, dia boleh dipenjara selama 12 bulan. - Daily Star.