RAKAMAN video yang memaparkan seekor anak badak yang cuba mengejutkan ibunya yang sudah mati menarik perhatian ramai.
Video tular itu dikongsi menerusi Twitter oleh seorang pegawai perhutanan di India.
Ia pantas menjadi tular dan membuatkan ramai netizen sedih dengan apa yang berlaku.
Badak itu dikatakan dibunuh oleh pemburu yang mahu mengambil tanduknya.
Menurut suara seorang lelaki dalam video itu, anak badak berkenaan cuba menghisap susu badan ibunya yang sudah meninggal dunia.
"Saya tak faham. Ianya kejam untuk disaksikan," tambah lelaki itu lagi. - India Today.