suria

Nyaris maut, bateri vape meletup dalam poket seluar

Seorang lelaki mengalami lecur akibat bateri vape meletup di dalam poket seluarnya. Foto attorney Tom Merriman/Mirror UK

SEORANG pemotong daging mengalami lecur darjah tiga pada pahanya selepas bateri peranti vape meletup di dalam poket seluarnya.

Nader Harb menyifatkan kesakitan yang dialaminya amat perit.

Bateri peranti itu terbakar semasa Nader hendak membuka kedai daging.

Susulan kejadian itu, dia memfailkan tindakan mahkamah terhadap syarikat pengeluar bateri tersebut.

"Kesakitan itu tak pernah saya rasai sebelum ini," kata Nader.

"Maksud saya, saya sering terluka terkena mesin, saya pernah dilanggar kereta, tapi tak pernah merasai kesakitan seperti ini," tambahnya. 

Bercakap kepada WKYC, Nader berkata, pegawai perubatan memberitahu bahawa dia mungkin boleh maut akibat kejadian itu. - Mirror UK

vape, lecur

Artikel Lain

Tragis! Ibu maut disengat tebuan