SEORANG ibu didenda gara-gara memukul anak perempuannya menggunakan senduk kayu. Wanita yang tidak didedahkan namanya itu menyebabkan badan anaknya yang berusia sembilan tahun itu lebam. Punca menyebabkan wanita berusia 35 tahun itu berang apabila anaknya telah mengeluarkan daging hamburger daripada peti sejuk dan memakannya. Daging tersebut disejukkan untuk diberikan kepada anjing peliharaannya. Susulan insiden tersebut, wanita iu didapati bersalah kerana menyerang dan dikenakan denda sebanyak $750 (RM2,182) oleh Mahkamah Perth. - news.com.au