suria

Meninggal dunia dalam pawagam ketika tonton filem seram Annabelle

Mayat seorang pesara dibawa masuk ke ambulans untuk ke hospital bagi menjalankan bedah siasat. Foto ViralPress

SEORANG pesara warga Britain meninggal dunia di dalam pawagam semasa menonton filem seram semasa bercuti ke Thailand, menurut beberapa laporan media tempatan.

Bangkok Post melaporkan bahawa Bernard Channing, 77, menonton filem seram Annabelle Comes Home pada Selasa malam di Pattaya.

Bagaimanapun, dia dikesan tidak sedarkan diri oleh pengunjung pawagam lain selepas tamat tayangan filem itu.

Penonton wanita yang menyedari keadaan Benard kemudian memanggil kakitangan pawagam dan menghubungi pasukan kecemasan pada pukul 8 malam waktu tempatan.

Benard yang berasal dari Gedling, Notts di England disahkan meninggal dunia lokasi kejadian.

Polis berkata, mayat Bernard dibawa ke hospital di daerah Banglamung dan bedah siasatan dijalankan.

Polis Lieutenant Kolonel Polpattham Thammachat berkata: "Polis mendapat panggilan mengenai kematian itu di dalam pawagam di sebuah pusat beli-belah pada pukul 8 malam.

"Siasatan awal tidak dapat mengetahui bagaimana dia meninggal dunia dan pihak hospital akan menjalankan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian," katanya. - Mirror UK

Annabelle, seram

Artikel Lain