suria

Anak ditinggal dalam kereta ketika cuaca panas, wanita sibuk hadiri mesyuarat 'keibubapaan'

Jennifer didakwa kerana meninggalkan anaknya di dalam kereta. Foto Anderson Police Dept

SEORANG ibu didakwa meninggalkan anak lelakinya di dalam kereta selama dua jam.

Ketika kejadian, wanita itu menghadiri mesyuarat khidmat sosial mengenai keibubapaan.

Jennifer Ost, 27, dilaporkan meninggalkan anak lelakinya bersendirian di dalam kereta dengan suhu mencecah 30 darjah Celsius.

Polis berkata, budak lelaki itu ditemui menonton filem menerusi telefon bimbit.

Jennifer menghadiri satu mesyuarat berhubung seorang lagi anaknya yang baru lahir.

Dia didakwa dipanggil oleh pihak berkuasa bagi memberi penjelasan mengapa dia mendaftar keluar bayinya yang berusia empat hari dari hospital, tanpa mengikut nasihat perubatan.

Semasa pertemuan selama dua jam itu, polis menerima panggilan mengenai seorang kanak-kanak ditinggalkan dalam kereta. 

Ibu dua anak itu kemudian didakwa kerana cuai. - Mirror UK

anak

Artikel Lain