PASANGAN diraja Britain, Putera Harry dan Meghan Markle menghadiri majlis tayangan perdana filem Lion King di Leicester Square di London, United Kingdom. Kedua-dua mereka dalam persalinan serba hitam bertemu dengan pasangan bintang Amerika, Jay Z dan Beyonce. Menurut beberapa sumber, penasihat kepada diraja itu tidak bersetuju apabila Jay Z dan Beyonce melanggar protokol dengan tiba lewat daripada Putera Harry dan Meghan. Malah, pihak dalaman turut mendedahkan punca sebenar di sebalik kelewatan itu. Memetik laporan The Sun, penyanyi yang popular dengan lagu Crazy In Love itu mengambil masa kerana mempunyai masalah dengan gaunya yang berwarna keemasan. Mereka mendakwa Beyonce sudah bersedia untuk acara itu bersama skuadnya di Hotel Corinthia seawal pukul 2 petang waktu tempatan. Kedua-dua mereka tiba lewat 90 minit di Leicester Square daripada yang dijadualkan. Insiden itu berikutan mereka menyedari gaun rekaan pereka Nguyem Cong Tri yang dipakai Beyonce mempunyai kesan koyak di bahagian dalamnya. Memilih untuk terus memilih gaun tersebut, kerja-kerja membaiki busana itu segera dilakukan. Beyonce kemudian dilihat bertemu dengan Meghan dan memanggilnya 'Puteri saya'. Keadaan itu menunjukkan pasangan itu tidak begitu kecewa dengan apa yang berlaku. Mirror Online menghubungi wakil berkaitan bagi mendapatkan komen. - Mirror UK