suria

Bayi lelaki bersama nota ditemukan di depan rumah, "Bapanya mahu bunuh kami"

Bayi malang itu ditinggalkan di hadapan rumah seorang penghuni di sebuah apartmen di Florida.

BAYI berusia sehari ditinggalkan di hadapan rumah seorang penghuni di sebuah apartmen bersama sekeping nota yang menyayat hati.

Nota itu yang dipercayai ditulis ibunya memberitahu dia melahirkan anaknya itu di dalam tandas dan bapa bayi tersebut mahu membunuh mereka.

Bayi lelaki itu ditemui dibalut dengan baju-T dan ditinggalkan di luar pintu sebuah unit kediaman di kompleks Willow Key di Orlando, Florida pada Sabtu lalu.

"Saya bersalin di dalam tandas bersendirian. Bapanya (bayi) mahu membunuh kami.

"Tolong rahsiakan perkara ini dan bawa dia ke hospital. Bapanya amat berbahaya. Saya minta maaf," demikian menurut surat itu.

Menurut nota tersebut, bayi itu dilahirkan pada 19 Julai lalu.

Althea Brown, penghuni di apartmen terbabit berkata dia terkejut apabila dimaklumkan mengenai penemuan bayi malang itu daripada jirannya.

"Apabila saya dimaklumkan mengenainya, saya harap saya ada di situ. Mungkin saya ambil bayi itu dan dijadikan sebagai anak angkat," katanya.

Polis membawa bayi itu ke Hospital Arnold Parlmer dan dia dilaporkan sihat.

Pihak berkuasa berkata mereka masih mengesan ibu bayi itu untuk mengenal pasti keadaannya ketika ini. - Metro.co.uk

bayi lelaki, nota

Artikel Lain