suria

Gadis dakwa dihalang naik bas kerana berpakaian 'tak cukup kain' sewaktu cuaca panas

Menurut Amanda, kejadian itu berlaku pada minggu lepas. FOTO: Facebook.

SEORANG gadis di Sweden dihalau keluar dari sebuah bas kerana berpakaian seksi.

Menurut Amanda Hansson, kejadian itu berlaku pada minggu lalu di Malmo, sewaktu cuaca panas 27 darjah celcius melanda kawasan itu.

Ujar Amanda, 19, pemandu bas menyifatkan pakaian yang dipakai olehnya terlalu terdedah.

Akibatnya, dia tidak dibenarkan menaiki bas itu untuk ke destinasi yang ingin dituju.

Malah, pemandu bas dikatakan memberi nasihat agar Amanda berpakaian lebih sopan pada masa akan datang.

Dalam pada itu, kumpulan hak asasi wanita turut mengecam pendirian pemandu bas berkenaan.

Malah kata mereka, pemandu berkenaan tidak mempunyai hak untuk menentukan pakakaian individu lain. - The Sun.

Amanda Hansson, halau, usir, bas

Artikel Lain